Cuti Hari Pekerja | Aliran pelancong Tasik Tianchi catat 540 ribu

2022-03-24 0

Kawasan peranginan Tasik Tianchi yang terletak di wilayah autonomi Xinjiang, barat laut China merekodkan aliran pelancong seramai 540 ribu orang untuk tiga hari pertama cuti umum Hari Pekerja yang bermula Sabtu. Tianchi atau gelarannya Heavenly Pond Lake, merupakan salah satu landskap paling memukau di China, dengan keindahan kilauan air berwarna biru kehijauan serta udara segar berlatar belakang gunung-ganang diselaputi salji putih.